Saturday 7 December 2013

Semester 3: The Most Toughest of All Semester (Maybe?)

Haii..assalamualaikum semua. Sudah berhabuk blog ini setelah lama tidak diupdate. Jadi, sesiapa yang wonder kenapa blog aku ni tak diselenggara..ini kerana aku sangat busy dengan semester 3. Ya..memang agak susah sebab aku ada 8 subjek yang masuk final examination.

Dengar kata ramai member-member aku kecundang waktu semester 3. Ada yang tersungkur, meniarap, terbaring kerana repeat paper Solid Mechanics. Atau dikenali sebagai ECS208 di UiTM. Argghh..aku menjadi takut resah dan gelisah.

Bukan senang nak dekan. Tapi, semester ni memang nak tak nak kena bukak buku tiap-tiap harilah. Aku tengah cuba buat. Anda pula bagaimana? Kena buat jugak. Kalau tak macam mana nak skor dalam diploma kann? Bukan SPM je kena skor, tapi diploma juga kena skor yer!

Subjek yang aku ambil ni korang pun tak tahu. Jadi aku beritahu laa.
-BEL ataupun english.
-CTU ataupun agama.
-ECG ataupun as known as Soil Mechanics
-ECM ataupun dikenali sebagai Civil Engineering Materials
-ECS ataupun dipanggil Solid Mechanics
-MAT ataupun dikenali sebagai Calculus II
-HPD ataupun dikenali sebagai Thought of National Leaders II

Jadi ni antara subjek yang aku ambil. Yang dah habis STPM tu sila senyap okey. Aku tahu korang dah habis examination untuk semester 3 dan paper repeat. Jadi please don't mock at me.

Orang kata semester 3 ni susah?

Tengoklah akhir semester ni apa jadi.

Ceh.

Saturday 16 November 2013

Luahlah!

Entry kali ini bertajuk luahan. Luahlah.!
Semua orang nak benda ni.

Aku nak kaya cepat.
Aku nak kahwin cepat.
Aku nak duit banyak.
Aku nak straight A+ dalam SPM.
Aku nak 4flat dalam sijil diploma aku.
Aku nak isteri lawa.
Aku nak girlfriend lawa.
Aku nak ada rumah sendiri.
Aku nak duit banyak.
Aku nak senangkan ibu bapa aku.
Aku nak hidup senang.
Aku nak semua orang kenal aku.
Aku nak semua orang dengar cakap aku.
Aku nak ibu bapa aku bangga dengan pencapaian aku.

...dan banyak lagi permintaan kita. Ini adalah contoh-contoh permintaan kita. Ada yang masuk akal, ada yang tak. Kadang-kadang apa yang kita nak ada juga yang tak dapat. Tak semua permintaan kita boleh tertunai.

Kalau ada jumpa jin dalam teko, mesti korang nak buat permintaan macam luahan korang kat atas kann?

Mestilah. Aku pun nak buat permintaan jugak.

Permintaan aku yang pertama ialah beri lagi 10 permintaan. Itu memang terbaek!

Hahaha!

Kadang tu, kita tak puas hati dengan orang tu.. Mesti korang pernah terfikir nak pukul budak tu, humban kepala dia masuk lubang jamban dan macam-macam lagilah benda jahat kann yang korang nak buat? Tapi, kita kena ingat kita berpijak di bumi yang nyata. Dunia ni bukan kita yang punya.

Jadi, banyakkanlah bersabar. Berdoa kalau kita nak sesuatu.

Tak doa mana nak dapat kann?

Janganlah pula doa yang bukan-bukan contohnya nak jet datang rumah ke, ataupun doa agar musibah menimpa kawan-kawan kita ke..tak baik macam tu.

Doa pula mestilah ikhlas.

Kita nak luahkan sesuatu tu kat orang kadang-kadang tak ada orang yang nak dengar. Jadi, luahkanlah pada Allah. Allah Maha Mendengar.

Mudah bukan?

Tuesday 12 November 2013

Kaki Kencing!

Kencing. Kencing. Kencing. Sampai bau hancing. Aku tahu..mesti korang fikir bukan-bukan sebab aku kata pasal kencing? Tidak..apa yang aku maksudkan pasal kencing ni ialah orang yang kuat menipu. Kaki gebang. Tipu sana-sini. Sampai pak imam kat masjid tu pun boleh kena tipu. Ada lagi ke penipu macam tu sekarang ni? Macam tak ada je...

Aku bukan apa..sebab orang kuat menipu ni kadang-kadang banyak menyusahkan orang daripada menyenangkan. Benda tak betul diada-adakan. Daripada menipu tu, boleh datangnya fitnah. Memecahbelahkan masyarakat yang aman damai.

Kita semua pernah menipu. Itu hakikatnya.

Jangan menipu. Orang tua-tua selalu pesan jangan menipu. Tapi tak pernah pulak orang tua-tua pesan kita jangan kencing. Jadi dengan bangganya kita pun kencinglah dekat orang. Sahabat handai, keluarga, lecturer dan yang sewaktu dengannya. Kita yang pandai putar belit ayat.

FAKTA:

Menipu = Kencing = Gebang

Itulah dia faktanya. Tak percaya? Boleh tengok keadaan sekeliling kita. Ramai orang sekarang suka kencing sebab nak tunjuk yang dia hebat. Tapi kadangkala tak ada bukti pun apa yang dikatakannya tu. Hanya sekadar cakap sahaja. Nak pukul tak sampai hati. Bila dipukul, sampai mati. Aihh..macam-macam..

"...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta." (Surah Ghaffir, Ayat 28)

Tengoklah. Dalam Al-Quran sendiri pun ada kata yang kita tak akan diberi petunjuk jika menipu. Mahukah anda tergolong dalam golongan ini? Jangan jawab..tepuk dada, tanya selera. Nak makan kat mana.. Okey.

Kita jangan menipu. Tak ada istilah tipu sunat. Dah nama tipu, tipu jugak.

Tipu dosa, mati diseksa. Peringatan untuk aku dan semua yang membaca. Terima kasih.


Monday 11 November 2013

Hodoh Bodoh

"Aku tak suka kawan dengan kaulah. Kau dah laa gemuk, hodoh, lagi bodoh. Gelinya nak tengok muka kau!" Kata Farid kepada Zulaikha. Zulaikha menangis teresak-esak akibat dihina sebegitu oleh Farid. Adakah Farid hanya tertarik pada wajahnya? Selama ini di alam maya, Farid sentiasa berkata bahawa dia akan menerima rupa Zulaikha dengan seadanya. Yang penting sikapnya yang sentiasa mengambil berat tentang Farid. Namun kini sangkaannya meleset sekali. Farid yang disangkanya sangat baik rupanya sangat kejam.

Itu adalah antara babak yang berlaku pada hari ini. Yang cantik dipandang mulia. Yang hodoh dipandang hina. Benda yang klise sentiasa berlaku. Apakah hinanya yang hodoh ini? Mereka juga manusia. Aku bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi kita tak ada hak untuk menghina sebegitu sekali. Mereka juga ciptaan Allah SWT.

Kebiasaannya manusia memang suka dan tertarik pada benda yang cantik. Siapa yang nak hodoh, betul tak? Dalam hidup ni semua manusia nak yang sempurna. Hmm..cuba bayangkan kalau semuanya sempurna...apa akan jadi?

Takkan ada lagi kedai-kedai di tepi jalan.

Tak ada lagi orang berniaga.

Semua orang bebas buat apa sahaja berkiblatkan nafsu.

Lama-kelamaan kiamat dunia ni. Aku juga kena berubah menjadi lebih baik. Korang juga. Jangan fikir rupa..sikap itu yang paling penting.

Tak guna kalau pakai smart-smart tapi otak kosong. Belah kepala pun tengok otak sebesar tahi cicak je. Apa pun tak ada. Itu yang selalu berlaku. Nak ke jadi macam tu? Aku tak nak. Korang? Fikir sendiri..hehe.

Pakai selekeh pun tak kisah..janji otak jalan. Korang pedulikan aje apa yang orang nak kata. Siapa mereka untuk menegur rupa kita?

Hidup biar balance orang kata. Itu paling penting. Jangan suka kutuk-kutuk orang lain. Kalau kena batang hidung sendiri, macam mana? Jawab..jawab..jawab! :D

Peringatan untuk diri sendiri juga. Janganlah marah. Kalau marah pergi ambil wuduk. Ini realiti. Bukan fantasi mahupun cerita dongeng.

Yang hodoh tak semestinya bodoh. Yang cantik tak semestinya pandai.

Sunday 10 November 2013

Dewasa Bukan Perkara Mudah

Waktu kita kecik-kecik dulu.. Kita selalu fikir nak cepat besar..nak masuk universiti. Nak belajar benda baru sebab dah muak dengan semua benda biasa ni. Maksud aku sekolah, kerja rumah, mengadap muka member yang sama aje.. Aku pun macam tu jugak. Alkisah aku di sekolah dulu, mengadap muka member yang sama. Asyik lelaki jer. Bosan jugak kadang-kadang.

Ada juga member yang kata datang sekolah macam masuk tandas lelaki. Yelah, sekolah aku memang semuanya lelaki. Tak ada perempuan. Yang ada pun perempuan tingkatan 6 bawah/atas. Orang tua semuanya. Hahaha.

Bila dah jadi dewasa..barulah menyesal nak masuk sekolah balik. Dulu kat sekolah tak nak hargai perkara tu. Biasalah, dah tua-tua ni bawak-bawakkan bertaubat. Asyik buat dosa jer, taubat bila lagi? Aku cakap pun untuk peringatan diri aku jugak.

Yang pinjam PTPTN tu cepat-cepatlah bayar. Kita hidup jangan berhutang. Nak jadi dewasa bukan mudah. Tanggungjawab banyak. Hutang tolong jangan ada.

Lagi satu, yang lelaki tu. Mesti ada rumah sendiri, kereta sendiri, motor sendiri. Ya, jangan lupa beli perabot untuk rumah korang jugak. Jangan ada rumah jer..tapi bila masuk dalam rumah, harammm..ada lantai je. Tilam toto pun takde. Jadi, siapkan diri korang sebelum umur lanjut.

Yang enjoy-enjoy tu. Sampai bila nak enjoy? Sampai tua? Jangan jawab dengan aku.. Aku tak tahu apa-apa..cuma tegur je. Sebagai peringatan untuk aku jugak.

Lagi besar kita, lagi banyak tanggungjawab. Nak jadi kecik balik pun agak mustahil.

Aku..tak, bukan aku aje..korang pun.. Kena sedar bahawa yang hidup ni bukan senang. Maka, prepare sebelum terlambat!


Monday 28 October 2013

Alahai Result!

Ya, result. Itulah benda yang paling aku takutkan. Lagi beberapa hari result nak keluar. Aku harap baik-baik ajelah keputusan aku. Tak nak repeat. Siapalah yang nak repeat paper kann? Semua orang tak nak rasanya.

Kadang-kadang rasa menyesal jugak sebab aku tak belajar betul-betul. Yelah, waktu keputusan nak keluar nilah sibuk benar nak salahkan diri sendiri. Haha, kalau tak harammm.. Asyik enjoy aje memanjang.

Lepas dapat result tak berapa nak bagus.. Mesti aku akan kata "Next semester aku mesti berusaha lagi. Aku takkan gagal." Kata aku demikian.

Tapi, bila dah masuk kampus balik. Mulalah enjoy lagi. Asyik dota, dota, dan dota. Hari-hari buat benda sama. Bila nak habis tak tahulah..

Waktu dekat dengan final barulah nak pulun habis. Aku tak nak macam tu lagi kalau boleh. Sebab kalau study last minute boleh menyebabkan kegagalan yang tak dijangka.

Jadi, beringatlah wahai kawan-kawanku. Mainlah dota sepuasnya tetapi pastikan anda dah study pecah kepala tahap dewa terlebih dahulu. Barulah korang boleh main puas-puas.

Kalau tidak, gagal bakal menantimu. Aku yakin dan pasti. Cubalah main puas-puas dan janganlah kamu berstudy. Marilah beramai-ramai kita melihat hasilnya.

Aku tak nak buat macam tu.
Woo..keputusan aku keluar 1 November 2013. Doakan aku yer!
Aku harap yang terbaik.

Sunday 27 October 2013

Sanggup Hadapi Risiko?

Risiko.
Ya,bila sebut tentang risiko. Adakah kita sanggup menghadapi risiko?
Ada yang sanggup,ada yang tidak.
Kenapa?
Sebab kemungkinan untuk berjaya 50%,kemungkinan untuk gagal pun 50%/
Sebab tu ada yang tak beranii untuk ambil risiko.

Bagi aku sendiri,risiko itu adalah cabaran ataupun pengalaman yang harus kita tempuhi.
Sebab nak tak nak kita menghadapi jugak liku-liku dalam kehidupan kita.
Pengalaman yang mematangkan kita.
Kita tak boleh mencipta pengalaman melainkan kita sendiri yang melaluinya.
Dari situ kita akan belajar sesuatu.
Sesuatu yang kita tak boleh dapat dari kedai basikal mahupun cenderahati.

Kita tak perlu takut untuk berdepan dengan risiko.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Siapa yang tak pernah mengalah dalam hidup dia kannn? Aku pun pernah mengalah juga dalam hidup aku.
Yalah,ada suatu hari tu aku terpaksa buat lukisan kejuruteraan. Member-member aku semua pandai lukis dan hanya aku je tak dapat nak lukis. Aku lukis line ajelah.
Aku mengalah waktu tu.
Tapi,keesokan paginya aku bangun dan terus buat lukisan tu.
Sebab apa? Sebab aku fikir aku kena hadapi masalah ni dengan sehabis baik.
Kalau mengalah,mana nak dapat hasil?
Baik cuba daripada mengalah.

Begitu juga dalam perniagaan.
Kadang-kadang bila kita berniaga ni tak laku.
Jangan risau,rezeki ada kat mana-mana.
Yang penting sanggup ke kita hadapi risiko demi mencari sesuap nasi.
Itu persoalannya.

Sanggup tak kita hadapi kertas-kertas peperiksaan yang tough demi kejayaan kita pada masa akan datang?
Sanggup tak kita tebalkan muka untuk berniaga kalau itu yang menguntungkan?
Sanggup tak kita bercakap depan orang ramai untuk promote apa yang kita ada?

Aku tak nak jawab. Anda yang jawab. Fikir.

Monday 14 October 2013

Orang Ketiga's

Assalamualaikum semua,
Entry kali ni bertajuk orang ketiga. Korang semua pasti tahu apa maksud orang ketiga bukan? Lagi-lagi dalam hubungan cinta. Haha. Susah bila ada orang ketiga ni. Porak-peranda hubungan kita.

Aku juga tak terlepas daripada perkara itu.
Bila ada seseorang yang jatuh hati dengan pasangan anda,apa yang perlu anda buat?

A.Mengalah dan biarkan pasangan kita dengan lelaki/perempuan tersebut
B.Tak mengalah dan cuba pertahankan hubungan cinta pasangan kita

Aku pilih B. Sebab aku rasa aku boleh jaga pasangan aku dengan baik. Bagaimana pula dengan kamu-kamu semua ni? Ya,kamu juga.

Sakit hati tak bila pasangan kita keluar dengan orang lain? Pasti cemburu tahap super kan? Hahaha. Aku faham perasaan anda semua ni.

Tapi kalau boleh cubalah pertahankan hubungan cinta kamu semua ni. Aku rasa kadang-kadang kita kena berkorban juga untuk jaga hati pasangan kita supaya tak berubah. Sebab nescaya apa yang kita usahakan tu akan berhasil jika disertakan dengan doa dan tawakal.

Masalahnya jika orang ketiga tu tak nak mengalah. Apa,tak ada lelaki/perempuan lain ke nak tackle? Itu yang jadi duri dalam daging tu. Aku pun tak paham. Ada jugak orang macam tu yer.

Ada yag kata alasannya nama pun cinta.

Cinta pada pasangan orang? Hurmmm...

Aku tak tahu nak kata apa.

Pendapat kamu semua macam mana?

Tuesday 6 August 2013

Raya Dan Penyakit Mendatang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan pada semua yang sudi membaca blog ini!

1 Syawal dah menjelma mulai esok hari. Dan ada tak kita berasa sedih dengan peninggalan Ramadhan? Banyak tak amalan yang kita buat sepanjang bulan yang mulia ini? Pahala yang berlipat ganda,doa dimakbulkan dan macam-macam lagi. Aku mengaku,aku ada jugak sedikit menyesal sebab terlalu sibuk dengan hal dunia umpamanya assignment dan sebagainya.

Apapun,ni nak cerita sikit pasal raya ni. Biasalah bila hari raya kena solan sunat Aidilfitri. Lepas tu,bermaaf-maafan dengan keluarga. Haa..yang jadi satu halnya bila dah dapat makan ni,makanlah sampai tak ingat dunia. Dengan minum air berkarbornat lagi,makan macam-macam kuih lagi sampai perut kembung. Makaih...enjoy sungguh makan yer.

Makan-makan lepas raya dapat penyakit. Kencing manis laa,darah tinggi laa. Macam-macam penyakit laa yang ada. Jaga pemakanan tu. Awak tu baru je habis puasa,perut baru habis rehat waktu puasa dah sumbat macam-macam waktu raya. Lepas tu,sakit,banyak keluar duit,menjerit-jerit sebab poket dah sempit. Ehh,boleh jadi pantun ni.

Dah-dah..aku kena berangkat pergi. Selamat hari raya!

Sunday 4 August 2013

Overseas

"What's up,young boy? Why are you mumbling yourself?"

"Nothing,Madam,I'm just thinking where I should celebrate Eid for this year."

"Don't you go back to your hometown in Malaysia?"

"Nope."

"Why,this is Eid,you should celebrate it with your family."

"Same old,same old. My family already passed away 3 years ago and I celebrate Eid every year alone. So,why should I go back to my hometown?"

Itu mungkin antara dialog-dialog student yang beraya dekat luar negara. Seronok bukan study luar negara? Yalah,peluang ni sesetengah orang jer dapat.

Dengan cuacanya yang sejuk..makanan yang berlainan dari negara kita..

Teringin juga aku nak pergi luar negara. Tapi,apakan daya,hajat aku tak kesampaian. Tak kisahlah study kat mana-mana pun. Yang penting kita belajar.

Kadang-kadang kita rasa study kat luar negara ni merupakan sesuatu yang seronok. Ya,seronok memang seronok tapi tahu tak yang study kat overseas ni bukan senang? Nak hafal buku yang tebal-tebal. Kena bertutur dalam bahasa inggeris. Susah sikit nak cari makanan yang halal especially yang study di negara bukan Islam. Ada 4 musim. Haha,itu antara cabarannya laa.

Siapa yang tak teringin study luar negara? Cakap dengan aku. Semua orang nak kan. Mesti nak punya.

"Itulah waktu SPM,tak nak belajar betul-betul. Sekarang dah menyesal. Tengok,sekarang belajar dalam negara jer."

Itu antara dialog-dialog yang tak best untuk didengar. Lagipun,aku faham laa sebab bukannya senang nak study pandai-pandai. Kena berdoa dan usahalah.

Pakai VISA,ngorat awek overseas(kalau dapat),melawat tempat-tempat yang takde kat Malaysia...wuuu..

Harapan nak belajar kat luar negara ni memang tinggi. Aku harap korang yang baca ni dapatlah jugak merasa nak study kat overseas. Amin.

Jadi,korang belajar betul-betul. Tak kisahlah korang UM ke,UiTM ke,UKM ke,Poli ke,PTPL ke,apa ke..belajar betul-betul! Kalau tak,bilalah kita nak berjaya? Nak pergi overseas tanpa ada usaha ibarat angan-angan Mat Jenin laa citenyer.

Saturday 27 July 2013

Berpuasa Di Perantauan

Okay,entry kali ni pasal berpuasa di perantauan.
Kepada student-student universiti awam mahupun swasta,jangan bersedih bila tak dapat berpuasa dengan keluarga tercinta.. Sebab itu dugaan kita. Biasalah tu,aku pun tak dapat berpuasa dengan keluarga aku. Tragis kan?

Jadi,berpuasa dekat perantauan ni banyak dugaan dan cabaran. Kata orang,hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri. Takde lagi mak bapak kita nak kejut kita waktu sahur,ingatkan waktu solat kita,ajak berbuka dengan mak bapak,adik beradik,atok nenek.

Bila dekat universiti ni kita berbuka dengan teman-teman seperjuangan kita. Kadang-kadang sahur pun tak bangun sebab takde orang kejut.

Makanan standard waktu sahur pula macam biasalah maggi atau biskut. Kalau yang ada bawak periuk nasi memang terbaik. Sebab boleh makan nasi dan telur bersama kicap cap kipas udang. Paling koman pun kicap 1 Malaysia. Bolehlah tu,janji ada rasa. Haha.

Bila berbuka baru nampak mewah sikit. Siap beli nasi ayam,takpun nasi tomato,nasi kerabu,laksa,dan macam-macam lagilah menu yang orang kata mewah sangat. Haa,jangan mewah sangat...hujung semester nanti makan pasir padan muka! Ohh,ada orang bagi alasan.."Takpe,raya nanti dapat duit raya,so duit refill laa. Hehe."

Dah tua,umur dekat 20-an dapat duit raya lagi? Malulah sikit,patut kitalah yang bagi duit raya kat budak-budak.

Waktu ada kelas,masing-masing keletihan sebab cuaca panas. Alasannya standard puasalah. Lecturer ajar pun ada yang blur memanjang sebab tak bangun sahur laa tu. Haha!

Bagi aku,waktu paling best,bila berbuka dengan member ramai-ramai. Ohh,terasa kemeriahannya. Terawih pulak pegi sama-sama..pergh,lagi seronok! Moreh sama-sama..

We are family,right?

Kiranya kawan-kawan kita ni sebagai pengganti ibu bapa kita di sini. Sekurang-kurangnya tak lah sunyi kita kat sini. Betul tak? 

Hargai kawan-kawan anda. Oh ya,tiket raya jangan lupa beli okey. Habis tiket raya,beraya laa kat kampus dengan pak guard. Allright?

Masa Cepat Berlalu

Cepatnya masa berlalu!

Jam menunjukkan 1:00 pagi. Aku terjaga dari tidur. Tengok tarikh,dah bulan 7 rupanya. I felt something wrong inside me. Mana tidaknya,aku rasa umur aku masih 17 tahun lagi. Tapi rupanya dah 19 dah pun.

Seingat aku,aku baru jer lepas ambil result SPM,seronok-seronok... Tinggalkan sekolah..

Hei,apa sudah jadi..? Aku dah tak pakai seluar hijau dan berbaju putih serta bertie lengkap! SPM pun dah lepas!

Ada juga penyesalan di situ. Yelah,waktu sekolah dulu tak belajar betul-betul. Tapi bila dah masuk Universiti,punyalah pulun pecah kepala tahap gaban serius giler nak siapkan assignment serta skor test.

Waktu sekolah,ponteng kelas. Aku mengaku,aku pun pernah ponteng kelas,dah nak dekat SPM kott masa tu.

Kalau sekarang umur aku dah 19. Setahun lepas tu,aku dah 20. Bila nak kahwin?

Serius,ramai student habis je diploma mesti nak kahwin. Biasalah benda tu. Orang kata dah jadi adat istiadat.

Apakah matlamat kita seterusnya?

Pernah terfikir tak?

Kalau masa cepat berlalu,adakah kita nak sia-siakan masa yang kita ada sekarang ni?

Biasanya orang akan menyesal jika diorang tak buat benda yang patut diorang buat.

Masa tak boleh berpatah kembali.

Hargai masa.

Masa itu emas.

Yang student,study sampai pecah kepala. Barulah tak menyesal nanti.

Yang kerja,kerja sampai pecah kepala,kumpul duit buat kahwin.

Err..

Friday 26 July 2013

Doktor VS Jurutera

Doktor dan Jurutera. Satu perbandingan yang cukup besar. Masyarakat melihat kerjaya sebagai doktor ni sebagai satu kerjaya yang cukup gah lagi membanggakan. Lihat sajalah betapa ramai ibu bapa yang ingin melihat anaknya untuk menjadi doktor.

Kenapa perlu doktor?

Kenapa tidak jurutera?

Dahulu,waktu aku zaman tadika dulu aku pun bercita-cita jugak nak jadi doktor. Nak ambil dalam bidang perubatan katanya. Waktu berganti waktu,masa berganti masa,cita-cita aku semakin tenggelam ditelan zaman. Akhirnya cita-cita aku dah jadi lain.

Aku pernah sangka juga yang arkitek tu sama dengan jurutera.

Rupanya lain. Sangat berbeza kelainannya. Arkitek terlibat dalam melukis segala pelan rumah,bangunan dan sewaktu dengannya. Manakala jurutera akan buat segala design yang arkitek tu lukis. Dibuatnya kalau dapat pelan rumah yang pelik-pelik,macam mana? Haha,itulah sebab orang kata "An architect's dream is an engineer's nightmare". 

Bidang kedoktoran ni merupakan salah satu bidang yang aku respek. Budak-budak yang study course ni memang kena pecah kepala la. Dan kerjaya kedoktoran ni merupakan kerja yang on-call. Ada emergency je mesti kena datang hospital. Bidang-bidang optic,surgery,psychology,physiotheraphy dan lain-lain juga tak boleh dipandang rendah. Tapi,gaji diorang memang tinggi laa sebab banyak risiko kot. Nak menyelamatkan nyawa orang bukan satu kerja mudah. Itu lah pasalnya kenapa kerja doktor ni gaji mahal. Lagi-lagi kerja dalam bidang swasta. Memang dekat puluh ribu kot gajinya. Itupun kalau tak silap aku laa.

Bidang kejuruteraan juga merupakan satu bidang yang pecah kepala juga. Dengan subjek kira-kira lagi,drawing lagi. Kalau yang ambil kejuruteraan kimia pula,macam-macam nak kena ingat. Thermodynamics,fluid mechanics,process chemistry,hydrocarbon chemistry dan macam-macam lagilah. Serius,kena struggle betul-betul dalam bidang ni,kalau tak,memang nahas laa bila dah hujung semester nanti. Orang lain dah graduate,awak tu dok repeat benda sama jer. Kejuruteraan awam pun bukan calang-calang jugak,kena belajar geology,entrepreneurship,fluid mechanics,computer solving,highway engineering,surveying dan macam-macam lagilah. Dengan kira-kira lagi..memang wajar lah kerjaya jurutera ni diberi gaji yang tinggi.

Ceritanya di sini,semuanya susah,mana ada benda mudah dalam dunia ni. Kita kena usaha kalau nak dapatkan sesuatu. Itulah moralnya. Jadi,jangan mengalah waktu study ni sebab hasilnya memang berbaloi akan datang.

Thursday 25 July 2013

Geology

What is geology?
-Geology comes from the Greek word geo and logos,is defined as the study of the Earth.

Geology is divided into two broad areas,that is:
a)Physical Geology-study of Earth materials.
b)Historical Geology-examines the origin and evolution of Earth.

There are two groups of planets:
a)Four smaller planets orbiting close to sun
-->Terrestrial Planets (Mercury,Venus,Earth and Mars) MVEM

b)Four larger planets occupying the outer reaches of the solar system
-->Jovian Planets (Jupiter,Saturn,Uranus and Neptune) JSUN

Pluto is not included in either category.

Earth consisting four major spheres:
a)Hydrosphere
b)Atmosphere
c)Biosphere
d)Geosphere

Earth can be divided into five main layers:
a)Lithosphere
b)Asthenosphere
c)Mesosphere
d)Outer core
e)Inner core

Kenapa aku taip semua benda ni? Ini adalah salah satu subjek yang aku belajar waktu sem 2 ni. Ohh,sudahlah kena menghafal. Tambahan lagi kena ada praktikal test(Hafal juga). Kejuruteraan awam ni bukan benda mudah rupanya. Itu belum aku tunjuk lukisan kejuruteraan. Aku pun bukannya ada asas sangat dalam drawing jadi agak payahlah untuk aku skor dalam subjek tersebut.

Orang yang belajar kejuruteraan awam ni kadang-kadang kesian jugak. Sebab ada sesetengah tempat ditulis "Orang AWAM dilarang masuk". Kesian kat kitorang ni. Huhu.

Kenapa kejuruteraan awam kena belajar pasal geologi? Yelah,nak buat rumah kan,jadi kenalah survey tanah dulu sesuai untuk buat tapak untuk bangunan atau tak. Sebab takut silap haribulan jadi kes macam kat Highland Tower tu. Bangunan runtuh,tanah runtuh,tanah mendap dan macam-macam lagilah masalah yang akan dihadapi kalau kita pakai bantai je nak buat bangunan.

Banyak sebab kenapa seseorang jurutera tu kena belajar geologi. Tapi,aku rasa cukuplah satu sebab aku beritahu. Yang lain boleh figure out sendiri,okay?

Saturday 20 July 2013

Pembangunan Di Kawasan Perkampungan

Seperti kita lihat tajuk di atas,pembangunan di kawasan perkampungan.
Kebanyakan kawasan-kawasan yang masih belum diterokai seperti Terengganu,Sabah,Sarawak dan negeri-negeri lain di sebelah utara sebenarnya mempunyai potensi untuk dibangunkan.

Tetapi kenapa kawasan tersebut tidak dimajukan?

Adakah disebabkan alasan tak cukup bajet kita tak boleh laksanakan projek tersebut?

Sebab sangat rugi jika kawasan-kawasan tanah kosong tersebut tidak diterokai. Bukan bermakna untuk menghapuskan etnik di kawasan tersebut tetapi hanya sekadar untuk memajukan.

Peruntukan perlu diadakan untuk melaksanakan projek ini.

Cuba anda bayangkan,jika kawasan-kawasan seperti Sabah,Sarawak,dan lain-lain negeri maju seperti di Kuala Lumpur,bukankah ini akan meningkatkan hasil ekonomi negara kita sendiri? 

Tapi ada juga disadvantage di sini. Kita sendiri dapat lihat di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur yang terkenal dengan pembangunannya banyak terdapat aktiviti maksiat,judi dan sebagainya. Pihak berkuasa pun sukar membendung jenayah-jenayah yang berlaku di kawasan bandar akibat gejala sosial yang sangat tinggi. rumah-rumah urut,kawasan pelacuran,tempat judi,memang sangat banyak di Kuala Lumpur.

Bukan kita nak kata yang pihak berkuasa tak jalankan tugas. Tapi,ini bergantung pada sikap diri kita masing-masing. Kebanyakan orang suka bersikap acuh tak acuh dalam membuat perkara berkaitan kebaikan. Salah satu faktor ialah nafsu.

Looking at the bright side,kita dapat lihat yang pembangunan di Kuala Lumpur berjaya menarik minat ramai pelancong yang datang ke negara kita. Tak semestinya pembangunan itu mendatangkan keburukan kepada kita.

Sedangkan Tun Mahathir sendiri berkata supaya kita amalkan Dasar Pandang Ke Timur. Lihat sahajalah di Jepun,pembangunannya cukup terancang. Boleh dikatakan magnificient. Dengan bandar Shibuya,Tokyo yang sesak lagi padat dah cukup untuk kita kata sebagai negara yang maju.

Kita perlu contohi negara mereka.

Yang penting,sikap kita sendiri yang membentuk masyarakat. Kalau tak kita mulakan,siapa lagi yang nak mulakan?

Jadi,diharapkan banyak kawasan-kawasan tanah kosong dimajukan supaya negara kita mencapai satu tahap yang memberangsangkan pada suatu masa akan datang nanti.

Friday 26 April 2013

Ada Apa Dengan Jurutera

Acapkali kita mendengar perkataan jurutera. Ada yang selalu bertanya,apakah itu jurutera? Gaji banyak ke bila kerja jadi jurutera ni? Terjamin ke masa depan bila ambil kursus kejuruteraan ni?

Jawapannya,anda kena fikir sendiri. Setiap orang berhak membuat pilihan.

Kerjaya sebagai seorang jurutera.

Sebelum itu,anda tahukah berapa banyak bidang jurutera?
Banyak sebenarnya..
Di antaranya ialah awam,mekanikal,elektrik dan kimia. Itu antara bidang yang utama. Jadi,mari aku terangkan satu persatu.

JURUTERA AWAM
Kejuruteraan awam ni terlibat dengan bangunan,jalanraya,jambatan dan lain-lain. Kerjaya dalam bidang ni memerlukan kemahiran dan skil yang tinggi terutamanya dalam bidang pembangunan. Sememangnya kerjaya ni banyak mendapat pasaran sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Saban hari,negara kita sentiasa bertambah maju. Disebabkan itu,bidang kejuruteraan awam ini amat penting dalam sektor pembangunan. Gaji pun boleh tahan jugak. Dalam RM3000 bagi lepasan Ijazah yang dah ada pengalaman. Camne yerk kalau berminat dengan course ni? Hahaha,ada banyak cara sebenarnya untuk masuk dalam bidang ni.
-Melalui Tingkatan 6(Pastikan ada fizik,course ni banyak guna fizik)
-Melalui Diploma(Kejuruteraan Awam)
-Melalui Matrik(Mesti ada fizik jugak dalam course tersebut)

JURUTERA MEKANIKAL
Kejuruteraan mekanikal ni pulak lebih luas. Kerjaya dalam bidang ni terlibat dengan automotif,pembuatan mesin,aeroangkasa dan course ini juga memerlukan kreativiti. Kalau tak silaplah,mereka ada juga belajar statik,iaitu subjek fizik tentang dinamik,motion.. Hmm,tapi course ni memang betul-betul terbaik sebab tak perlu nak belajar kimia. Peluang pekerjaan pun banyak untuk bidang ni. Gaji tak usah ceritalah,memang banyak. Boleh kerja kat proton kalau ambil bidang ni. Serius.! Kalau nak masuk pun bolehlah melalui..
-Melalui Tingkatan 6(Pastikan ada fizik,course ni banyak guna fizik)
-Melalui Diploma(Kejuruteraan Mekanikal)
-Melalui Matrik(Mesti ada fizik jugak dalam course tersebut)

JURUTERA ELEKTRIK
Ini merupakan bidang yang tak berapa aku minat. Hehe. Tapi,sebenarnya course ni adalah yang paling gempak bagi aku. Sebab course ni merupakan antara yang paling susah dalam bidang engineering. Susah-susah pun,gaji memang sedap. Banyak belajar tentang elektronik,kuasa,transformer dan lain-lain yang merangkumi elektrik. Pasaran kerja pun boleh tahan. Nak masuk? Sama jelah macam kat atas tu,malas nak taip. Hehe.

JURUTERA KIMIA
Siapa-siapa yang cuba try bidang ni memang tak rugi,sebab boleh kerja dekat petronas. Kebanyakan yang ambil bidang ni bukan calang-calang orangnya. Kimia dah conform2 kena strong. Pasaran kerja untuk course ni pun boleh tahan jugak. Gaji boleh lebih daripada RM5k. Memang banyak.

Setakat itu sahajalah yang aku cuba sampaikan. Setiap kursus ada kekuatan dan kelemahan tersendiri,jadi pilihlah bidang tu baik-baik. Jangan main pilih jer. Kelak menyesal di kemudian hari.

Wednesday 24 April 2013

Imbas Kembali Zaman Sekolah Rendah!

Masih ingat lagi zaman sekolah rendah? Mesti ramai yang tak ingat kann.. Yupp,zaman sekolah rendah.. Waktu yang kita tak perlu fikir tentang hal dunia. Cuma pergi sekolah,buat kerja rumah dan main. Itu jer yang ada dalam fikiran kita masa tu.

Seronok bukan bila jadi budak sekolah rendah? Ketawa dengan riang..main kejar-kejar dengan kawan..main nyorok-nyorok..main rebut tiang.. Itu adalah antara permainan waktu kita masih di bangku sekolah rendah lagi.

Ingat lagi tak bila cikgu masuk kelas? Lepas tu,mesti kita akan ucap selamat kat cikgu.

Ingat lagi tak bila cikgu nak tengok kerja rumah? Kalau yang tak siap tu,mesti kena rotan. Rasa happy gila bila tak kena rotan. Kita pulak yang menggelakkan budak yang tak siap kerja. Haha.

Ingat lagi permainan beyblade? Alaa..yang macam gasing tu. Ada yang siap bawak kuali lagi pergi sekolah semata-mata nak tengok beyblade siapa paling power. Siap berapi-api bila beyblade bertembung. Ini kes tengok tv banyak sangat laa ni.

Ingat lagi waktu pendidikan muzik? Semua orang kena beli rekoder semata-mata untuk satu subjek tu je. Tiup bukannya betul pun. Waktu tu semua orang kena belajar kenal not. Trebel,tanda rehat laa.. Yang paling tak tahan,boleh pulak ada yang tidur dalam kelas.(Akulah tu,haha!)

Ingat tak waktu pendidikan jasmani(PJ)? Sebut je PJ,semua orang mesti suka. Sebab cikgu bawak pergi padang,nak bagi kita semua main bola! Ada jugak yang main gelung,pusing-pusingkan badan,gelung pun ikut pusing sekali.

Antara yang paling best,dulu kita masih lagi belum kenal istilah 'couple'. Selalu masa sekolah rendah kita selalu dengar dialog ni.."Eh,Azman tu pakwenye si Nadia laa..". Istilah 'hot' pun takde masa tu. Yang kita guna cuma.."Sharifah tu cantiklah..Ahmad tu hensem laa..".

Kalau bergaduh,mesti yang bergaduh tu menangis-nangis. Yang tak gaduh pulak pergi berkerumun kat tempat yang ada pergaduhan tu.

Lawan pemadam pun dah jadi satu tradisi. Yang kreatifnya,sebab tak mampu nak beli beyblade,adalah jugak orang yang buat beyblade guna pemadam! Bahan-bahannya cuma pemadam dengan mata pensel 2B.

Ya..waktu hari sukan juga paling best. Sebab dapat tengok sukaneka. Ada acara lari dalam guni. Lari 100 meter,bawak bola pingpong dalam sudu..dan macam-macam lagi.

Dulu,kalau ada desktop atau orang sekarang ni panggil PC pun dah kira kaya. Sekarang,benda tu dah jadi biasa. Siap ada desktop dengan laptop sekali. Makaih..

Game tape jadi hiburan di masa lapang. Ajak kawan-kawan datang rumah,sebab nak main game super mario je. Takpun game tank yang guna kereta kebal tu. Bila game tape rosak sebab selalu main,dah takde kawan-kawan datang rumah.

Yoyo pun jadi mainan wajib main jugak. Tapi,aku tak reti main yoyo ni. So,aku tak nak cerita. Hehe.

Dah jadi adat,yang periksa nombor 1 mesti dikategorikan sebagai pandai. Haha.

Waktu sekolah rendah,memang kita selalu disogokkan dengan cerita hantu kat sekolah. Sampai nak pergi sekolah pada awal pagi pun dah seram sejuk. Apatah lagi tuisyen kat sekolah yang habisnya pukul 10pm. Pontianak laa,pocong laa,langsuir laa,hantu raya laa.. Wuuuu...dah lama tak dengar cerita macam tu.

Dulu PM kita Mahathir.

Sekarang..ermmm...

Ada pensel tekan tu kira kaya. Banyak duit. Haha,aku pun cuma pakai pensel 2B je. Sampailah sekarang.

Masa darjah 6,kebanyakan perempuan lagi tinggi daripada lelaki. Ramai lelaki yang pendek je masa tu. Tapi sekarang..tengok laa siapa yang tinggi! ^_^

Ada jugak nazir datang sekolah. Korang ada? Hehe.

Dulu nak tengok cerita cuma guna tape jer. Sekarang siap ada Blu-Ray disc lagi.

Kartun pun yang ada cerita Keluang Man. Ada polis singh tu yg buat kelakar cerita tu. Tak silap aku,partner Keluang Man tu Tiong Man. Musuh dia pulak ada yang bomoh laa..perompak bank laa.. Hero dia orang gila kot kalau tak silap aku. Siap ada komik lagi.

Itu zaman dulu..kalau sekarang ni aku tak tahulah, Budak-budak zaman sekarang ni dah takdenyer nak rasa zaman macam ni lagi. Budak-budak sekarang pun makin kurang ajar,dengan mak ayah sendiri,cikgu.. Teknologi pun dah ambik alih. Hairan,budak-budak darjah 1 pun dah reti pakai iPad. Zaman dulu takde pun macam ni!

Hahaha,setakat itu aje yang aku mampu cerita. Ada masa,aku post lagi!

MORAL: JANGAN TINGGALKAN TRADISI KITA ZAMAN-BERZAMAN

Artikel ini mengandungi pelbagai kesalahan tatabahasa. Sila abaikan kesalahan tatabahasa tersebut. Terima kasih.

Friday 19 April 2013

Wake Up! This Is The Time!

Hari ni,aku nak bercerita tentang dwiabiliti.
Aku nak tanya,jika kita sebagai seorang jurutera yang berjaya misalnya,wajarkah kita belajar ilmu memasak,elektrik dan lain-lain?
Jawapannya ya.

Kenapa pula?
Sebab dalam hidup ni kita memerlukan macam-macam kemahiran dan tak semestinya kita tumpukan pada satu kemahiran sahaja.

Manusia boleh melakukan pelbagai perkara.
Cuma kadang-kadang kita tak percaya yang kita sendiri boleh lakukannya.
Jangan mengeluh sebelum berbuat sesuatu.
Belum cuba,belum tahu!
Manalah tahu,potensi kita sebenarnya berada di tahap yang tertinggi?

Engineer tak semestinya tak boleh belajar perubatan.
Doktor tak semestinya tak pandai masak.
Chef tak semestinya tak pandai belajar elektrik.
Orang yang belajar undang-undang pun tak semestinya tak boleh belajar akaun.
Semua kita boleh buat sebenarnya.

Manusia hanya gunakan otak 10% sahaja.
Jadi,mengapa tidak kita gunakan lebih sedikit?
Sudah pasti kita boleh buat.

Cuba belajar daripada buku,
ataupun perhatikan apa yang orang lain buat,
itu pun dah memadai.

Main gitar pun kemahiran jugak!
Bukan semua orang boleh main gitar.

Ingat,kita boleh lakukan apa sahaja!

Monday 15 April 2013

Problem That Is Hard To Face It

Setiap orang ada masalah.
Yup,takkan lari daripada masalah.
Setiap masalah akan muncul pilihan.
Pilihan yang akan menentukan masa depan kita.

Ya,bagaimana jika anda terpaksa membuat pilihan yang perit dan sukar? Kita pun mesti pening dan tak tahu nak buat apa. Tapi,pilihan terpaksa dibuat.

Sama ada kita nak terus menderita ataupun lari daripada masalah.

Kebanyakan daripada kita lari daripada masalah tanpa menghadapinya. Termasuk aku. Aku juga lari dari masalah.

Tahukah anda?
Kita kena hadapi jugak masalah tu lambat-laun. Memang kita tak boleh lari daripada masalah.
Psikologi,mental dan fizikal kena kuat.
Kalau tak,conform kita tewas.
Nak menang atau kalah?
Dah pasti kita nak menang.
Jadi,kalau nak menang,buat cara nak menang.

Tak kisahlah masalah besar mana pun,mesti ada penyelesaiannya.
Selesai dengan cara yang baik.
Betul tak?

School VS University Life

Assalamualaikum,
Dah lama aku tak berblogging ni sejak aku masuk UiTM.
Hei,sebelum ni aku form 6. Anda tahu?
Haha..kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah dengan mahasiswa universiti lain tau.

Banyak perbezaan yang aku dapat rasa kat sini. Ya..kalau dekat sekolah,setiap hari kena beratur dekat tapak perhimpunan,nak pakai pakaian bergaya pun tak boleh sebab terikat dengan peraturan sekolah.

Rambut panjang pun kena potong. Nak bawak handphone pun tak boleh. Barang terlarang laa katakan.

Tapi,itu baru kontra je. Aku belum cerita tentang pro sekolah. Nak tahu something? Cikgu-cikgu sekolah sebenarnya sayang dengan anak murid dia. Kalau tak percaya,cuba kalau anda tanya macam-macam soalan kat cikgu,mesti diorang jawab punya. Kadang-kadang ada cikgu yang kita tak suka. Aku pun macam korang jugak. Haha..nak tak nak kita kena belajar jugak ilmu yang diorang bagi. Sebab itu tanggungjawab kita sebagai seorang student. Bukan?

Paling best bila kena sebat dengan cikgu. Ohh..gila pedih kott. Itu salah satu kenangan sekolah menengah laa. Sekarang,tinggal kenangan. Lepak dengan kawan-kawan waktu rehat,ponteng kelas,itu semua dah tinggal kenangan.

Berbeza dengan kehidupan dekat universiti ni di mana kita kena survive sendiri kat sini. Senang kata,pandai-pandailah hidup,pandai-pandailah cari makan kat sini. Belajar pun kena pandai-pandai jugak. Pensyarah pun takde punya nak bagi tumpuan kat kita sorang. Dia pun ada kerja lain jugak. Kita sendiri yang kena jumpa pensyarah. Itulah lumrah hidup.

Kawan-kawan pun ramai yang kita boleh dapat. Ada yang okey,ada yang tak okey..so,kita kena pandai pilih kawan laa. Sebab dah takde siapa nak halang kita buat apa. Yess..itu dia.

Banyak lagi aku nak cerita,tapi..nantilah. Apapun,enjoy your life okey. Jangan tension-tension pasal assignment,kerja sekolah,kerja rumah. Hahaha..study betul-betul yer.