Saturday 16 November 2013

Luahlah!

Entry kali ini bertajuk luahan. Luahlah.!
Semua orang nak benda ni.

Aku nak kaya cepat.
Aku nak kahwin cepat.
Aku nak duit banyak.
Aku nak straight A+ dalam SPM.
Aku nak 4flat dalam sijil diploma aku.
Aku nak isteri lawa.
Aku nak girlfriend lawa.
Aku nak ada rumah sendiri.
Aku nak duit banyak.
Aku nak senangkan ibu bapa aku.
Aku nak hidup senang.
Aku nak semua orang kenal aku.
Aku nak semua orang dengar cakap aku.
Aku nak ibu bapa aku bangga dengan pencapaian aku.

...dan banyak lagi permintaan kita. Ini adalah contoh-contoh permintaan kita. Ada yang masuk akal, ada yang tak. Kadang-kadang apa yang kita nak ada juga yang tak dapat. Tak semua permintaan kita boleh tertunai.

Kalau ada jumpa jin dalam teko, mesti korang nak buat permintaan macam luahan korang kat atas kann?

Mestilah. Aku pun nak buat permintaan jugak.

Permintaan aku yang pertama ialah beri lagi 10 permintaan. Itu memang terbaek!

Hahaha!

Kadang tu, kita tak puas hati dengan orang tu.. Mesti korang pernah terfikir nak pukul budak tu, humban kepala dia masuk lubang jamban dan macam-macam lagilah benda jahat kann yang korang nak buat? Tapi, kita kena ingat kita berpijak di bumi yang nyata. Dunia ni bukan kita yang punya.

Jadi, banyakkanlah bersabar. Berdoa kalau kita nak sesuatu.

Tak doa mana nak dapat kann?

Janganlah pula doa yang bukan-bukan contohnya nak jet datang rumah ke, ataupun doa agar musibah menimpa kawan-kawan kita ke..tak baik macam tu.

Doa pula mestilah ikhlas.

Kita nak luahkan sesuatu tu kat orang kadang-kadang tak ada orang yang nak dengar. Jadi, luahkanlah pada Allah. Allah Maha Mendengar.

Mudah bukan?

Tuesday 12 November 2013

Kaki Kencing!

Kencing. Kencing. Kencing. Sampai bau hancing. Aku tahu..mesti korang fikir bukan-bukan sebab aku kata pasal kencing? Tidak..apa yang aku maksudkan pasal kencing ni ialah orang yang kuat menipu. Kaki gebang. Tipu sana-sini. Sampai pak imam kat masjid tu pun boleh kena tipu. Ada lagi ke penipu macam tu sekarang ni? Macam tak ada je...

Aku bukan apa..sebab orang kuat menipu ni kadang-kadang banyak menyusahkan orang daripada menyenangkan. Benda tak betul diada-adakan. Daripada menipu tu, boleh datangnya fitnah. Memecahbelahkan masyarakat yang aman damai.

Kita semua pernah menipu. Itu hakikatnya.

Jangan menipu. Orang tua-tua selalu pesan jangan menipu. Tapi tak pernah pulak orang tua-tua pesan kita jangan kencing. Jadi dengan bangganya kita pun kencinglah dekat orang. Sahabat handai, keluarga, lecturer dan yang sewaktu dengannya. Kita yang pandai putar belit ayat.

FAKTA:

Menipu = Kencing = Gebang

Itulah dia faktanya. Tak percaya? Boleh tengok keadaan sekeliling kita. Ramai orang sekarang suka kencing sebab nak tunjuk yang dia hebat. Tapi kadangkala tak ada bukti pun apa yang dikatakannya tu. Hanya sekadar cakap sahaja. Nak pukul tak sampai hati. Bila dipukul, sampai mati. Aihh..macam-macam..

"...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta." (Surah Ghaffir, Ayat 28)

Tengoklah. Dalam Al-Quran sendiri pun ada kata yang kita tak akan diberi petunjuk jika menipu. Mahukah anda tergolong dalam golongan ini? Jangan jawab..tepuk dada, tanya selera. Nak makan kat mana.. Okey.

Kita jangan menipu. Tak ada istilah tipu sunat. Dah nama tipu, tipu jugak.

Tipu dosa, mati diseksa. Peringatan untuk aku dan semua yang membaca. Terima kasih.


Monday 11 November 2013

Hodoh Bodoh

"Aku tak suka kawan dengan kaulah. Kau dah laa gemuk, hodoh, lagi bodoh. Gelinya nak tengok muka kau!" Kata Farid kepada Zulaikha. Zulaikha menangis teresak-esak akibat dihina sebegitu oleh Farid. Adakah Farid hanya tertarik pada wajahnya? Selama ini di alam maya, Farid sentiasa berkata bahawa dia akan menerima rupa Zulaikha dengan seadanya. Yang penting sikapnya yang sentiasa mengambil berat tentang Farid. Namun kini sangkaannya meleset sekali. Farid yang disangkanya sangat baik rupanya sangat kejam.

Itu adalah antara babak yang berlaku pada hari ini. Yang cantik dipandang mulia. Yang hodoh dipandang hina. Benda yang klise sentiasa berlaku. Apakah hinanya yang hodoh ini? Mereka juga manusia. Aku bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi kita tak ada hak untuk menghina sebegitu sekali. Mereka juga ciptaan Allah SWT.

Kebiasaannya manusia memang suka dan tertarik pada benda yang cantik. Siapa yang nak hodoh, betul tak? Dalam hidup ni semua manusia nak yang sempurna. Hmm..cuba bayangkan kalau semuanya sempurna...apa akan jadi?

Takkan ada lagi kedai-kedai di tepi jalan.

Tak ada lagi orang berniaga.

Semua orang bebas buat apa sahaja berkiblatkan nafsu.

Lama-kelamaan kiamat dunia ni. Aku juga kena berubah menjadi lebih baik. Korang juga. Jangan fikir rupa..sikap itu yang paling penting.

Tak guna kalau pakai smart-smart tapi otak kosong. Belah kepala pun tengok otak sebesar tahi cicak je. Apa pun tak ada. Itu yang selalu berlaku. Nak ke jadi macam tu? Aku tak nak. Korang? Fikir sendiri..hehe.

Pakai selekeh pun tak kisah..janji otak jalan. Korang pedulikan aje apa yang orang nak kata. Siapa mereka untuk menegur rupa kita?

Hidup biar balance orang kata. Itu paling penting. Jangan suka kutuk-kutuk orang lain. Kalau kena batang hidung sendiri, macam mana? Jawab..jawab..jawab! :D

Peringatan untuk diri sendiri juga. Janganlah marah. Kalau marah pergi ambil wuduk. Ini realiti. Bukan fantasi mahupun cerita dongeng.

Yang hodoh tak semestinya bodoh. Yang cantik tak semestinya pandai.

Sunday 10 November 2013

Dewasa Bukan Perkara Mudah

Waktu kita kecik-kecik dulu.. Kita selalu fikir nak cepat besar..nak masuk universiti. Nak belajar benda baru sebab dah muak dengan semua benda biasa ni. Maksud aku sekolah, kerja rumah, mengadap muka member yang sama aje.. Aku pun macam tu jugak. Alkisah aku di sekolah dulu, mengadap muka member yang sama. Asyik lelaki jer. Bosan jugak kadang-kadang.

Ada juga member yang kata datang sekolah macam masuk tandas lelaki. Yelah, sekolah aku memang semuanya lelaki. Tak ada perempuan. Yang ada pun perempuan tingkatan 6 bawah/atas. Orang tua semuanya. Hahaha.

Bila dah jadi dewasa..barulah menyesal nak masuk sekolah balik. Dulu kat sekolah tak nak hargai perkara tu. Biasalah, dah tua-tua ni bawak-bawakkan bertaubat. Asyik buat dosa jer, taubat bila lagi? Aku cakap pun untuk peringatan diri aku jugak.

Yang pinjam PTPTN tu cepat-cepatlah bayar. Kita hidup jangan berhutang. Nak jadi dewasa bukan mudah. Tanggungjawab banyak. Hutang tolong jangan ada.

Lagi satu, yang lelaki tu. Mesti ada rumah sendiri, kereta sendiri, motor sendiri. Ya, jangan lupa beli perabot untuk rumah korang jugak. Jangan ada rumah jer..tapi bila masuk dalam rumah, harammm..ada lantai je. Tilam toto pun takde. Jadi, siapkan diri korang sebelum umur lanjut.

Yang enjoy-enjoy tu. Sampai bila nak enjoy? Sampai tua? Jangan jawab dengan aku.. Aku tak tahu apa-apa..cuma tegur je. Sebagai peringatan untuk aku jugak.

Lagi besar kita, lagi banyak tanggungjawab. Nak jadi kecik balik pun agak mustahil.

Aku..tak, bukan aku aje..korang pun.. Kena sedar bahawa yang hidup ni bukan senang. Maka, prepare sebelum terlambat!