Wednesday 31 December 2014

2015: Azam Baru Tahun Baru

Assalamualaikum semua.
Tahun 2014 sudah melabuhkan tirainya. Macam-macam yang telah aku lalui dengan pengalaman suka duka dalam bercinta, belajar dan pelbagai lagi. Azam aku tahun lepas pun tak settle lagi. Tapi tak apa, itu boleh fikir nanti.

Tahun 2015 ni apa yang korang rancang nak buat?

Aku rasa mesti azam tu ada. Aku tahu korang nak cakap "Aku  berazam tak nak jadi macam Azamuddin." Okay? Okay? Tak lawak kott. Seriuslah sikit.

Sebenarnya dalam tahun 2014 banyak tragedi yang menimpa negara kita Malaysia. Dengan kejadian MH370, MH17 dan banjir besar melanda di Kelantan membuatkan aku terfikir...

HIDUP KITA NI TAK LAMA.

Kadang-kadang aku rasa macam cepat je masa berlalu. Maksud aku, siang makin rasa cepat jadi malam. Malam makin rasa cepat jadi siang. Apa yang berlaku? Seharian apa yang aku buat?

Sebenarnya kalau seharian duduk depan laptop memang terasa sangat sekejap.

Dengan main game, game, game...

Memang cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, waktu solat semuanya tertinggal.

Apa yang berlaku?

"Ini semua konspirasi Yahudi!" Alasan biasa.

Tapi, kita sebagai manusia ni memang perlu ada azam untuk berubah. Yang baik ke arah lebih baik. Yang buruk ke arah lebih buruk. Ohh bukan, yang buruk ke arah lebih baik laa. Sebab manusia sentiasa berubah. Jadi, pilihlah jalan yang baik. Tidak menyesal nanti. Yakinlah. Percaya. Believe.

Itu je.

Friday 7 November 2014

Keldai Mengamuk Marahkan Tuannya

Assalamualaikum, dah lama dah aku tak update blog ni memandangkan aku tiada masa untuk update. Nama pun student mestilah aku sibuk sikit dengan assignment atau test. Sebenarnya masa aku pun banyak habis dengan game. Jadinya, apa kaitan tajuk ni dengan apa yang aku nak sampaikan? TAK ADA KENA MENGENA.

Pernah fikir tak kadang-kadang kenapa waktu zaman sekolah dulu result kita success tapi bila dah semakin menginjak dewasa ni result kita makin teruk? Bukan semua orang alami benda ni. Mungkin segelintir sahaja. Ya, aku juga termasuk dalam kalangan itu.

Salah satu faktornya ialah environmental factor that effects what are we doing. We should know that environmental factor sometimes makes us felt uncomfortable for us to studying. Yeah, when we see the people around us jibber jabber, why should we don't join them? Well, unfortunately that's us.

Faktor kedua ialah hilang motivasi. Motivasi tu amat penting bagi kita ya, kerana apabila kita hilang motivasi maka sesuatu perkara itu tidak dapat berjalan dengan dengan lancar. Akibatnya, mulalah kita rasa malas nak study laa, malas nak baca buku laa, dan macam-macam lagi. Ingat, kita nak belajar ni bukan senang. Orang lain berusaha untuk belajar supaya dapat ubah hidup. Tapi kita? Tepuk kepala pening kepala.

Cukup aku membebel. Bukan ada orang baca pun. Melainkan aku suruh orang baca barulah ada orang baca.

Monday 7 July 2014

Cerita Semester 4

Salam semua,
dah lama aku tak menulis kat blog ni sejak masuk semester 4. Maklumlah.. busy memanjang nak buat macam mana. Tak sibuk bukan student namanya. Sebab kita bukan free sepanjang masa.

Aku pun begitu juga. Dengan pindah ke UiTM Pasir Gudang... Hidup kat Johor ni berbeza sangat dengan kat Penang. Almaklumlah JDT kann.. Semua barang mahal laa jugak lagi-lagi makanan. Kawasan perindustrian kott. Biasanya makanan kat utara lagi murah.

Duduk rumah sewa kena bayar sewa. Standard laa tu. Haha. Kena cut bajet sikit. Tak potong bajet memang tak boleh bayar sewa rumah laa ceritanya.

Tapi, aku rindu juga kawan-kawan aku yang ada kat UiTMPP. Banyak kenangan aku kat sana. Fuhh..sentimental jugak aku ni. Tapi aku cuma tulis apa yang aku rasa je. Sebab bukan selalu rasa nostalgic macam ni.

Keadaan sekarang ni makin tekanan, sudahlah repeat 1 paper lepas tu terpaksa berhadapan dengan perkara yang malas aku nak taip. Tapi tak apa, semua perkara mesti ada jalan penyelesaiannya.

Apa pun, setakat ni aku dah berjalan juga kat Johor ni. Stadium Pasir Gudang sudah aku lawan. Tengok Kedah vs JDT II laa apa lagi. Gempak jugak even aku tak sempat tengok gol Kedah. Gol awal kott.. Satu pengalaman yang orang kata baru bagi aku sebab dapat pergi stadium Johor. Jauh beza dengan Stadium Shah Alam.

Yang lain nanti aku cerita.

Saturday 17 May 2014

Duit Habis Lepas Diploma, Simpanan Pun Tak Ada!

Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Topik kali ini tentang duit. Duit lepas habis diploma. Ya, aku tahu dan pasti kebanyakan student lepas diploma rata-ratanya dah pokai. Duit langsung tak ada dalam simpanan. Kalau ada pun mungkin dalam Rm300 ke bawah. Sementara nak tunggu degree tu, ada yang pergi kerja. Yang pergi kerja tu okey laa sebab boleh buat duit. Yang tak kerja pulak nak harapkan simpanan sahaja ke? Simpanan yang ada Rm300 je? Mana pergi semua duit PTPTN sebelum ni?

Jadi, kita kena prepare dari sekarang. Adik-adik yang baru masuk semester tu siap sedia dengan macam-macam buku akaun. Terutamanya buku akaun ASB. Sebab duit dalam akaun ASB orang kata boleh beranak. Tapi tak pastilah kesahihannya. Apa kata korang cuba dulu? Aku adalah 'sikit' wang dalam akaun ASB tu.

Sebabnya kalau tak ada simpanan. Nak sewa jubah konvo nak pakai duit apa? Kenalah jimat jugak. Janganlah nak membazir sana sini untuk beli benda yang tak penting. Tak salah nak berbelanja. Tapi ikut bajet laa. Duit kita kena jaga. Kalau asyik membazir je.. Hujung semester dah makan pasir. Aku pernah rasa sebab tulah aku cakap macam tu.

Mana pergi duit pinjaman yang korang pinjam sebelum ini?
Tidaklah mungkin lesap begitu sahaja.
Duit kehilangan akibat sikap membazir.

Jadi, kawal nafsu beli-belah. Kelak anda pasti akan mampu membayar balik segala pinjaman. Yang dapat biasiswa pun boleh simpan duit jugak. Duit yang korang simpan akan datang boleh guna untuk emergency nanti.

Penat sudah aku menaip. Jadi, jangan lupa bawa payung. Jika tidak..

Thursday 15 May 2014

Isu Sensitif : Budak UiTM vs Poli

Kali ini aku nak menyentuh isu sensitif yer wahai pembaca-pembaca sekalian. Pada petang tadi, aku membaca tweet yang mengatakan ada budak UiTM dan Poli bergaduh. Tentang result mungkin. Apa yang mereka perangkan, kita biarkan. Aku tak nak masuk campur. Pada aku semua tempat serupa sahaja asalkan kita belajar sampai pecah kepala tahap gaban. Yang penting tawakal.

Baru-baru ni result UiTM keluar dan keputusan aku tak berapa memuaskan. Kemungkinan besar aku banyak main barangkali sebab aku rasa demikian akibat sikap aku yang selalu membuat kerja sambil lewa. Tak semestinya budak UiTM semua pandai dan tak semua budak Poli semua pandai. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Bukan semuanya perfect. Kita manusia mana ada perfect. Siapa kata dia yang paling sempurna mungkin dia gila barangkali. Benda dowh.

Apa yang penting kita kaji ilmu tu betul-betul. Jangan jadi macam aku, belajar tak tentu hala tapi pointer nak tinggi gila punya. Mustahil berlaku. Tapi kalau keajaiban itu aku tak tahulah. Keaiban pulak lain cerita. Keaiban kalau kita cerita pun tak akan habis.

Politeknik orang kata banyak kemahiran. Yup, aku setuju kerana dengan kemahiran kita boleh buat kerja dengan efisien.

UiTM orang kata banyak teori. Yup, aku setuju kerana dengan teori kita boleh dapat kemahiran dari situ. Tapi cuma makan masa sedikit sahajalah.

Di mana-mana institusi pun, kalau kita pandai bawa diri, tak mustahil kita boleh bersaing dengan budak-budak omputih. Tak silap aku, IQ mereka tinggi kott. Tapi tak pastilah kesahihannya. Kena search Yahoo kalau nak tahu. 

Ilmu bukan terletak pada pointer. Tapi kalau pointer tak tinggi tak boleh sambung degree. Ingat yer. 

Nah, dapatkan ini di kedai yang berhampiran dengan anda. Perisa terbaru k.


Saturday 10 May 2014

Jenis Budak Dekat Universiti

Tahniahlah kepada yang dapat result UPU tu. Maka, anda lagi selangkah ke alam universiti. Ya, di mana anda akan mendengar istilah-istilah seperti lecturer, assignments, coursework, test, final, dean list dan macam-macam lagi istilah yang akan anda temui di alam universiti.

Jadi, bersediakah anda?

GUIDE TO UNIVERSITY FOR DUMMIES:

1. Belajar betul-betul.
2. Jangan culture shock.
3. Ingat mak ayah. Jangan sibuk cari girlfriend/boyfriend saje.
4. Jangan fikir kawen muda. Duit pun pinjam PTPTN ada hati nak kahwin.
5. Sentiasa bersikap toleransi dengan orang lain.

Jadi, ceritanya anda akan jumpa macam-macam orang kat universiti. Mari kita singkap satu-satu..

1. HOTSTUFF
Mereka ini adalah antara orang yang paling femes dekat dalam universiti. Sebut saja nama dia, pasti ramai kenal. Cara pemakaian mereka juga amat versatil. Selalunya diorang ni ada rupa paras yang menarik. Hensem ataupun cantik.

2. NERD
Yang ni adalah antara orang kata pelajar yang boleh kita kenal dengan cara pemakaian yang baju besar-besar. Beg penuh dengan buku. Tak up-to-date dengan perkembangan semasa.(bukan semua) Dan kebanyakan mereka ini adalah gamers.

3. MONYET
Jenis ni jakun sikit dengan keadaan semasa. Kalau nampak perempuan atau lelaki ke apa ke mesti bising. Dalam kelas pun macam tu jugak. Tapi waktu test, hampeh. Apa pun tak ada. Kosong. Biasanya golongan ni mudah dijumpai di merata-rata tempat.

4. COUPLE
Yang ni tak menganggu orang. Tapi kadang-kadang buat sakit mata jugaklah kalau kita tengok. Belum kawen lagi dah pegang-pegang tangan bagai daa.. Tak faham aku. Melihat keadaan ini, eloklah kita mencegah daripada kaum ini membiak sama sekali. Tak baik dik oii couple-couple ni.

5. PERFECTO
Yang ni serba tahu. Tanya apa sahaja mesti dia dapat jawab. Versatil dan bergaya jugak. Walaupun ulat buku, tapi golongan ni adalah banyak membantu dalam assignment. Biasanya diorang takkan teragak-agak untuk tolong member dalam kesusahan. Walaupun diorang ni kadangkala ada bersikap angkuh sikit tapi tak apa, benda tu boleh tolak tepi.

6. FANATIK BOLA
Mereka sentiasa ajak anda tengok bola. Ataupun kadang-kadang pergi main futsal bersama-sama member kesayangan. Golongan ni biasanya boleh buat member bersukan. Dari duduk bilik tak buat apa, baik pergi beriadah. Dapat juga keluarkan peluh dan badan menjadi sihat belaka.

7. PLAYBOY/PLAYGIRL
Yang ni suka keluar dengan macam-macam perempuan/lelaki. Bahaya sebab mereka mainkan perasaan perempuan dengan mudah mengucapkan kata-kata yang mampu meragut hati ini. Jauhilah golongan ini.

8. MATA KERANJANG
Jenis suka sightseeing lelaki/perempuan. Tidak membahayakan bagi anda.

Ada lagi yang aku nak tulis tapi rasa penatlah.. Jadi enjoy dulu yer gambar di bawah. Ini yang akan anda hadap selepas ini di alam universiti.



Thursday 8 May 2014

Tiada Topik

"Mengarut semua ini. Keputusan aku semua PASti baik punya!" kata Najib dengan angkuh kepada Sudin. Sudin hanya mampu melihat wajah Najib yang penuh dengan wajah riak.

Keesokan harinya.. Keputusan peperiksaan Najib akhirnya keluar. Najib menangis. Dia akhirnya gagal dalam semua subjek.

***

Kita tak mampu untuk meramal masa depan. Bahkan mampukah kita pasti bahawa kita boleh hidup pada waktu akan datang? Tak boleh bukan?

Masalahnya kita selalu terlebih yakin dengan diri sendiri. Tak salah nak yakin. Tapi jangan terlebih pulak!

Kita di akhir zaman. Allah SWT bayar cash aje.

Aku kata begini pun sebab dah pernah kena.

Hati boleh jadi kotor kalau riak.

"Tunggu hati bersih baru boleh zikir." atau "Zikir bagi hati bersih."

Pilihan di tangan anda.

Thursday 24 April 2014

Pokai Selalu

Assalamualaikum semua.
Tajuk yang aku nak kupas kali ini ialah POKAI SELALU.
Selalu tak anda pokai?
Duit tak pernah cukup?
Join MLM tapi tak pernah untung?

(Ehh, macam iklan pula)

Baiklah, aku pun hadapi benda yang sama juga. Kita sebagai student memang setiap hujung semester pokai. Duit entah ke mana. Nak kata habis beli barang, tak ada pulak barang yang dibeli. Itu yang pelik tu.

Misteri bukan? Haa..jangan main-main. Nanti bila dah habis belajar nanti macam mana nak bayar balik hutang-hutang yang terbengkalai itu? Fikir...

Pinjam ibu?

Pinjam bapa?

Pinjam saudara-mara?

Pinjam kawan?

Hanya kita sahaja yang mampuu membayarnya. Jadi, sebelum kita dibebani oleh pelbagai hutang-hutang bila kita menginjak ke umur 21+, seeloknya kita buat persediaan.

Macam mana nak bersedia tu?

Seeloknya korang cuba cungkil bakat yang ada dalam diri korang. Contohnya, repair laptop atau apa ke.. Melukis ke, menulis ke... Jika kena pada tempatnya, In Sha Allah ada rezeki korang boleh dapat pulangan yang lumayan.

Yang kedua, korang kena bukak akaun ASB. Amanah Saham Bumiputera. Ya, masukkan duit kat situ dan jangan keluarkan langsung. Kumpul banyak-banyak, biar duit makin banyak. Hati pun jadi senang. Bila duit tu dah banyak katakan dalam tempoh masa 3 tahun, korang boleh keluarkan duit tu untuk bayar hutang-hutang yang korang ada. Maka pemiutang pun tak pening nak cari korang. Betul?

Ketiga, sediakan akaun kecemasan. Maksud aku, akaun ASB, itu lain punya cerita. Contoh, akaun yang selalu korang guna akaun Bank Islam. Jadi bukak lagi 1 akaun untuk simpanan kecemasan, Maybank, CIMB, etc.. (Seeloknya ASB jadi simpanan kecemasan tapi ikut koranglah)

Sediakan juga tabung bentuk ayam. Simpan duit syiling dalam tu banyak-banyak. Bila sesak, pakai. Pastikan tabung ayam okey. Jangan guna tabung babi, lembu atau sewaktu dengannya. Kenapa? Suka hatilah. Haha. Gurau sahaja. Jadi duit syiling simpanan mesti ada. Itu yang penting. Anytime kalau siapa-siapa sakit boleh pakai.

Cukup sudah aku menaip. Rancang masa depan korang sebelum terlambat. Aku pun begitu. Pokai ni. Huu...

Saturday 15 March 2014

Turn Back The Pendulum

Masa...
Itu suatu benda yang paling berharga.
Kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu.
Dan kita menyesal akhirnya.

Masa silam kadangkala menyakitkan.
Memori takkan lenyap buat selamanya.
Luka sudah sembuh tetapi parut masih ada.
Ada perkara yang kita sesalkan tetapi kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Adakah kerana kita lemah?
Ataupun sebab kita membuat perkara sambil lewa sehingga menyesal dengan perkara lepas?

Masa silam kadangkala indah.
Memori takkan lenyap buat selamanya.
Keseronokan yang hanya sebentar tetapi ingatan itu tetap ada.
Gelak ketawa, riang ria, indahnya hidup.
Seperti ingin ulang lagi situasi itu.
Malangnya, masa tak akan berulang sekali lagi.
Masa akan berlalu pergi macam tu sahaja.

Sesuatu yang kita sesalkan atau kita nak ulang semula memang tak akan berlaku.
Sebab perkara yang lepas mana boleh berulang?
Masa itu bukan sesuatu yang boleh diukur.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh..

Masa itu emas. Kerana ia sangat berharga.
Apa yang kita tak boleh buat sekarang, maka buatlah.
Jangan menyesal di kemudian hari nanti.

Turn back the pendulum.
No, you can't.
Time is short.
Don't despise it.
Despise yourself.

Friday 14 March 2014

Perasan

Susah nak duga.
Susah nak perasan.
Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab susah nak perasan orang suka kita.
Kadangkala takut syok sendiri pun ada.
Lumrah kehidupan budak-budak U.

Tapi, aku ada suka sorang ni.
Dari semester 1.
Nak kata aku suka dia, yalah.
Masalahnya, adakah dia suka aku?

Nak cuba tarik perhatian dia, takut buat benda bodoh.
Korang pun sama, kalau ada sorang yang kita minat memang payah nak luahkan.
Aku lagi teruk, susah sikit nak cakap dengan perempuan yang aku suka.
Permasalahan yang bermasalah.

Nak tekel perempuan bukan mudah.
Siapa kata senang memang gilalah.
Aku nak cakap dengan perempuan pun tak berapa berani.
Haha memang kepayahan begitu.

Yang paling perit...
Bila kita dapat respons negatif dari perempuan yang kita suka.
Kita fikir dia suka kita.
Rupanya kita hanya PERASAN.

PERASAN yang dia suka kita.
Sedangkan dia anggap kita kawan je.
Jadi apa yang patut kita buat?
Berdiam diri atau cuba yang lain?

Atau masih tetap cuba tackle dia?

Masalah lagi.
Final examination. Tak baca apa lagi.

Friday 28 February 2014

Dipenjara Janji

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir
Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu
Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku mimpi
Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
***
Lirik ni.. Buat aku jadi sedih. Sebab ada kena mengena dengan aku. Huu. Takpelah, tak ada jodoh kott.

Wednesday 19 February 2014

Tak Peduli

Masih tak peduli.
Duduk di situ.
Tidak endahkan.
Dan tak buat apa-apa.

Sedar tak...
Ada yang menyukaimu dari jauh.
Faham tak?
Cukup lama.
Lama.
Masih tak sedar?

Kenapa masih tidak endahkan,
perasaan ini.

Kau tidak endahkan atau kau tak perasan?
Sengaja atau tidak,
Aku cuba dengan keringat aku.
Aku takut.
Aku sedar..
Siapa aku.
Apa yang aku ada.

Kosong.
Hanya sekadar cebisan SPM.
Adakah itu akan buat kau benci pada aku?

Umur bukan sekadar ukuran.
Rupa bukan sekadar ukuran.
Kayu pengukurnya adalah agama.

Namun, saat ini...
Aku lemah.
Aku sendiri.

Setakat perhatikan,
tanpa mampu luahkan,
takut.

Kecewa.
Tidak diendahkan.
Mungkin aku perlu mengadu pada Ilahi.

Tentang hati ini.
Kerna cinta ini.
Itu sahaja.

Sayu hati ini,
mengenangkan nasib..
Diri yang tidak dipeduli ini.

Thursday 13 February 2014

Totally Fucked It Up!

Normal...
Bila kita suka seseorang tu..
Mesti kena rijek. Yeah, perkara biasa.

Aku tahu.
Sebab aku pun pernah kena.
Suka kat orang, tetiba orang tu rijek kita.

Perkara simple macam ni bukan senang nak setel.
Makan masa.

Nasib baik...
Ada penyelamat.
Member. Yeah.

Kerana member, kita dapat merilekskan diri.
Kerana member juga kita tak sunyi.

Waktu sekolah dulu, aku memang nekad.
Bukan naked yer.
Apa yang aku buat, aku takkan fikir.
Terus je buat tanpa fikir risiko.

Aku tak peduli.
Lantaklah apa yang nak jadi.
Apa je kemahuan aku mesti tertunai.

Tapi, aku fikir rasional jugak.
Walaupun kadang-kadang..
Its totally fucked it up.

Because of girl.

Aku tak berdendam.
Cuma terasa hati. Sikit.
Tu je.

Rijek.
Hahaha.
Bende dowh?

Wednesday 8 January 2014

Kenapa Orang Layan Kita Buruk?

Kenapa orang layan kita dengan buruk?
Why always people judge us different than others?

Sesetengah orang ada yang rapat dengan kita. Dan sesetengah orang yang kita kenal juga ada yang tak rapat kita.

Kadang-kadang orang yang kita tak rapat layan kita seperti sampah. Tak, dengan kata mudah lagi layan macam tak layan.

Dari zaman sekolah lagi aku pernah berhadapan dengan situasi ni.
Mungkin mereka menilai aku dari paras rupa. Dan sikap itu soal kedua.
Itu pada pandangan aku. Pandangan korang aku tak tahu pulak.

Aku juga, pernah judge orang berdasarkan rupa. Walaupun aku tahu nampak sangat aku ni tak sedar diri. 

Aku jugak selalu fikir, kenapa ramai orang berhadapan dengan perkara sama seperti aku?
Maksud aku, cara dilayan sebagai kawan.

Ada yang tak terima kita sebagai kawan kerana rupa.
Ada juga yang tak nak layan kita sebab anggap kita annoying walhal kita tak buat apa-apa pun dengan dia.
Ada juga yang layan tapi macam tak nak layan sebab dia rasa "Alah,mamat/minah ni kalau tak layan kesian pulak.."

Aku juga pernah buat macam tu.
Pernah. Bukan tak pernah aku buat.
Jadi, tak hairanlah aku kena balik.
Hidup ada Qada dan Qadar.

Jadi,kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik kat kita.
Kalau kita buat jahat, dapatlah orang buat jahat kat kita.

Tapi persoalannya, ada jugak orang yang buat baik dan tak buat salah tapi dilayan macam anjing. Dipermainkan,diketawakan,dijadikan bahan gelak ketawa.

Waktu aku sekolah dulu, ada seorang budak ni di'anjing'kan. Orang sampai ejek dia gila. Ya, aku juga tak terkecuali mengejek dia. Sedangkan mereka(termasuk aku) tak tahu masalah yang dia hadapi.

You get what you pay for.

Itulah yang aku dapat. Cara dilayan oleh orang.
Teruk. Memang masa silam aku tak dapat diubah.

TAPI...
Aku akan cuba layan orang dengan baik.
Tanpa lukakan hati mereka.
Sebab persahabatan dan kepercayaan bukan senang nak dapat.

Aku tak nafikan..ramai yang layan aku dengan baik terutamanya budak-budak KG94. Yes, mereka memang baik. Aku sayang mereka.

Cuma dalam UiTM ni. Sesetengah daripada mereka melayan aku dengan teruk.
Mungkin..
Ini balasan aku.
Aku kena hadapinya juga.

Ya Allah,tabahkanlah diriku ini.
Amin.

NMD,
9/1/2014,
12:07am.

Wednesday 1 January 2014

Kalendar Lama Bertukar Baharu: 2014

Assalamualaikum semua.
Setelah lama aku tak update blog ini. Jadi berhabuk laa ceritanya. Dah tahun baru rupanya. Dan umur aku semakin meningkat. Bukan aku je, korang pun sama jugak. Umur pun makin meningkat. Yang mana 20 tu, dah 21. Yang mana 19 tu, dah 20. Umur akan sentiasa meningkat. Takkan pernah turun.

Macam-macam benda dah dilalui dalam 2013 ni..
Pahit manis menempuh dugaan study dan cinta..
Kadang-kadang letih juga.
Tapi,hadapi jelah! Yeaahh!

Apa yang aku nak kongsikan kat korang ni..
Azam aku.
Bukan budak yang bernama Azam.
Ini azam tahun baru.

Azam aku tahun ni.. Nak jadi terbaik daripada tahun 2013. Cliche bukan? Apa boleh buat.. Kadang-kadang susah kita nak share benda private kat orang. Tak lupa juga... Aku harap aku dapat dekan semester 3 ni. Kena berhempas-pulas dan pecah kepala ni! Hehe.

Malam tahun baru aku cuma sambut dengan duduk rumah tengok bunga api je. Sebab kawan-kawan rapat aku semua dah balik politeknik. Yang ada pun busy dengan hal yang tak dapat dielakkan. Takpelah, daripada aku melepak tak tentu hala... Lebih baik duduk rumah.

Tahun baru aku pula disambut dengan birthday member aku, Afham Daud.
Okey, umurnya tak dikenal pasti.
Tapi, apa pun aku sangat gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan classmates aku zaman sekolah rendah lagi. Itu yang terbaik.
Diorang kenal aku sebab aku selalu menangis.

Hehe..agaklah.. Hati lembut kot waktu budak-budak.
Sekarang? Haha.

Dapat melawat sekolah rendah memang sangat best. Banyak benda dah berubah lepas 9 tahun. Lama kann 9 tahun tu? Tak sangka banyak benda dah berubah. Waktu aku kecik dulu aku tengok sekolah aku macam besar giler je. Bila dah dewasa ni terasa bangunan tu makin kecik pulak. Haha.

Sedikit sebanyak aku teringat tentang zaman budak-budak dulu.

Tak perlu fikir apa-apa.

Tahu main aje.

Tak kisahlah..benda dah berlalu. Yang penting kena pandang ke hadapan. Sebelum tu.. Nikmatilah picture yang banyak di-snap oleh Afham Daud dan aku juga. Adios!


Dikepit oleh classmates aku.

Bersama birthday boy & girl & rakan-rakan.

Pemenang biskut Tiger.

Meja & kerusi tu macam kecik sangat jer..

Retis memang kena posing camni.
Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan?