Saturday 22 August 2015

Digimon Vs Pokemon

Aku rasa korang mesti pernah tengok anime Digimon dan Pokemon waktu kecik-kecik dulu kan? Kalau tak pernah tengok aku rasa memang zaman kanak-kanak korang gelap sikit laa. Benda ni sama hebatnya dengan anime Dragon Ball Z. Kalau waktu aku budak-budak dulu siap kumpul buku yang ada stiker yang boleh menang satu digivice ni. 

Tapi apa yang menarik dan bezanya dengan digimon dan pokemon?
Ini bezanya.

1. JALAN CERITA DAN WATAK DALAM ANIME

Kalau dari segi jalan cerita anime, aku lebih pilih digimon daripada pokemon. Sebabnya digimon more kepada adventure series yang mengetengahkan watak-watak utama terpaksa menghadapi konflik persahabatan, musuh dari awal cerita sehingga hujung cerita. Setiap watak ada simbol tersendiri(Keberanian, Persahabatan, Kasih Sayang, Keikhlasan, etc.). Dan tidak lupa juga watak dalam cerita akan menjadi lebih matang selepas berlakunya konflik,  Musuh pulak semua gempak-gempak. Ada sedih, gembira, lawak dan serius pada bab tertentu. Lagipun aku cuma tengok Digimon 01, 02 dan Digimon Tamers je. Digimon seterusnya (Xros Wars, Fusion) aku tak tengok lagi.

Kalau pokemon pulak, konflik pun kurang. Paling kuat pun ada Team Rocket yang tak pernah menang bila lawan dengan Ash Ketum. Seriously boring. Jalan cerita tak serius sepanjang musim. Misi Ash Ketum cuma nak kumpul badge aje. Watak-watak utama pun sikit je. Pada aku, watak dalam cerita pokemon tak berlaku kematangan walau sedikit pun. Masih sama sehingga sekarang. Kalau zaman aku waktu aku tengok pokemon dulu ada Ash Ketum, Brock dan Misty aje. Dan untuk pengetahuan korang semua, Ash Ketum tak pernah menang liga dekat Indigo Plateau sepanjang cerita berlangsung. Ash Ketum jugak tak pernah membesar.

Digimon Adventure 01

Pokemon X and Y

2. HIDUP DAN MATI TAK DAPAT DIPISAHKAN

Dalam anime digimon, setiap digimon yang hidup pasti akan mati. Contohnya dalam Digimon 01, Angemon mati buat kali pertama selepas bertempur dengan Devimon. Tapi, yang mati akan kembali semula dengan menjadi DigiEgg.

Tapi berlainan dengan pokemon, kematian hanya just mentioned only. Tak pernah pulak aku tengok pokemon mati depan kaca laptop aku. Contohnya di Lavender Town, pokemon yang mati akan dikebumikan di situ.

Digimon Adventure 01: Angemon Vs Devimon

3. BERTUKAR!

Proses evolusi dalam digimon tak kekal lama. Bila mereka dah habis lawan mesti akan kembali kepada child form balik. Contohnya lepas Agumon bertukar kepada Greymon, habis lawan jadi Agumon balik. Stage evolusi digimon pulak ada banyak dan bergantung kepada setiap digimon. Lain digimon, lain evolusi. Setiap digimon memerlukan tenaga, tenaga yang mereka dapat ialah daripada makanan. Nampak logik kan? Kalau tak makan mana nak dapat tenaga. Tapi bila terlebih makan dan terlebih tenaga, bila dipaksa untuk lakukan proses evolusi, maka digimon akan mengalami dark evolution. Depends kepada personaliti pemilik digimon. Jadilah Greymon bertukar...

SkullGreymon!

Proses evolusi dalam pokemon pulak kekal dan takkan berubah sampai bila-bila. Maknanya mereka takkan menjadi child form balik. Contohnya bila Pikachu bertukar kepada Raichu, Raichu tak boleh menjadi Pikachu balik. Proses evolusi mereka bergantung kepada experience bila mereka berlawan dengan trainer, gym leader. Ada jugak proses evolusi mereka bergantung kepada special stone (Thunderstone, Waterstone, Leafstone, Firestone, Shinystone, Dawnstone, etc.) Stage evolution untuk pokemon pulak selalunya 2 atau 3 sahaja.

Eevee selepas evolve kepada Vaporeon menggunakan Waterstone.

Aku rasa setakat ni aku explain dulu sebab aku pun dah penat menaip ni. Lain hari aku sambung lagi ya.

Wednesday 31 December 2014

2015: Azam Baru Tahun Baru

Assalamualaikum semua.
Tahun 2014 sudah melabuhkan tirainya. Macam-macam yang telah aku lalui dengan pengalaman suka duka dalam bercinta, belajar dan pelbagai lagi. Azam aku tahun lepas pun tak settle lagi. Tapi tak apa, itu boleh fikir nanti.

Tahun 2015 ni apa yang korang rancang nak buat?

Aku rasa mesti azam tu ada. Aku tahu korang nak cakap "Aku  berazam tak nak jadi macam Azamuddin." Okay? Okay? Tak lawak kott. Seriuslah sikit.

Sebenarnya dalam tahun 2014 banyak tragedi yang menimpa negara kita Malaysia. Dengan kejadian MH370, MH17 dan banjir besar melanda di Kelantan membuatkan aku terfikir...

HIDUP KITA NI TAK LAMA.

Kadang-kadang aku rasa macam cepat je masa berlalu. Maksud aku, siang makin rasa cepat jadi malam. Malam makin rasa cepat jadi siang. Apa yang berlaku? Seharian apa yang aku buat?

Sebenarnya kalau seharian duduk depan laptop memang terasa sangat sekejap.

Dengan main game, game, game...

Memang cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, waktu solat semuanya tertinggal.

Apa yang berlaku?

"Ini semua konspirasi Yahudi!" Alasan biasa.

Tapi, kita sebagai manusia ni memang perlu ada azam untuk berubah. Yang baik ke arah lebih baik. Yang buruk ke arah lebih buruk. Ohh bukan, yang buruk ke arah lebih baik laa. Sebab manusia sentiasa berubah. Jadi, pilihlah jalan yang baik. Tidak menyesal nanti. Yakinlah. Percaya. Believe.

Itu je.